Ketahui & Kenali Anak Kucing Anda

Sebelum mengambil anak kucing sebagai sebahagian daripada keluarga kita, perlulah mengambil masa untuk belajar menjaganya dengan betul. Dalam masa yang sama, masa-wang-kesabaran..

Sebelum itu, perlulah kita ketahui bahawa kucing betina dapat menerima beberapa kucing jantan apabila tiba waktu mengawan. Jadi anak-anaknya boleh dilahirkan melalui baka berlainan bapa.. Dan selepas persenyawaan, anak kucing akan lahir selepas 9 minggu.. Seekor kucing betina boleh melahirkan anak sehingga 2 hingga 6 ekor anak. Tempat yang ideal untuk kucing melahirkan anak adalah ditempat yang tenang, senyap dan tersorok di mana ia akan merasa selamat. Barulah kucing itu akan releks bagi melahrkan anak.

Bagi minggu pertama, perkara yang paling penting untuk anak kucing yang baru lahir ialah kehangatan kerana ia tidak boleh mengawal suhu badannya sendiri. Anak kucing tersebut perlukan perhatian si ibu. Semua anak kucing dilahirkan buta. Malah matanya tidak terbuka sehingga 7 hingga 10 hari selepas dilahirkan. Apabila mata itu terbuka buat pertama kalinya, ia sentiasa berwarna biru, sehinggalah ia dapat memfokus beberapa minggu kemudian. Kemudian matanya akan berubah kepada warna kekalnya. Jadi, bayangkanlah dunia anak kucing yang baru lahir. Buta dan pekak, ia menuju kehangatan si ibu hanya menggunakan deria bau, dan dengan bantuannya, akan memulakan perjalanannya.... Bagi 36 jam pertama, anak kucing akan menyusu sepanjang hari.

Anak kucing minggu pertama

Semasa minggu ke-2, deria pendengaran anak kucing mula berkembang. Tapi, pertambahan beratnya yang paling mengagumkan. Selepas 2 minggu menyusu, ia hampir 2 kali saiz asalnya, seperti yang sepatutnya bagi semua anak kucing yang sihat.

Pada usia 3 minggu, anak kucing bersaudara ini menjadi lebih ingin tahu. Pada masa inilah biasanya ia mula meneroka duni di kelilingnya, jauh daripada ibunya. Ia juga mula berdengkur.

Minggu ke-empat datang dengan amaran. Awas..... :) ia menggigit. Ini bermakna gigi susu anak kucing ini sudah mula tumbuh. Dan sesetengah ibu kucing sudah mula merasai kesakitan ketika menyusu kerana anak kucing akan menggigit ketika menyusu.

Semasa 4 minggu pertama kehidupan anak kucing, ibunya yang melakukan kebanyakan kerja. Kebanyakan pada waktu ini, ibu kucing akan sentiasa melindungi dan merapikan anak-anaknya. Ia akan melakukan apa saja yang perlu untuk menyelamatkan anaknya. Ia juga tahu cara mengubah kedudukan anak-anaknya dengan menggigit dengan lembut di leher dan melakukannya dengan cepat. Ibu kucing akan menjadi agresif sekiranya anak-anaknya diganggu oleh bapa kucing. Dan satu peringatan untuk semua..... JANGAN CABAR IBU KUCING :)....

Ibu kucing menyusu anak-anaknya

Sekiranya anak kucing yang kehilangan ibunya, dari segi penjagaan kita perlulah sentiasa memastikan anak kucing itu sentiasa panas dan memberikan ia makan dengan kerap. Dari segi penyusuan, anda boleh membeli susu tiruan dalam tin yang dijual di kedai makanan haiwan dan memberinya dengan menggunakan penitis. Lagipun, ia akan beralih kepada makanan pejal dan apa saja makanan yang direka bagi penggunaannya semasa ia membesar, peringkat anak kucing yang membesar ini, boleh diterima.

Sebagai ulangan, kesihatan anak kucing dikekalkan dengan paling baik menerusi makanan yang sewajarnya dan kehangatan. Ia boleh didapati dari ibu kandung anak kucing itu. Bagi beberapa minggu awal, ia perlukan susu dari puting.

Selepas 4 minggu, keseronokan bermula. Ia akan perlukan banyak perhatian dan sudah tentu, dijaga oleh keluarga yang sesuai..

Kita suka tersengih melihat gumpalan bulu yang comel ini dengan mata bulatnya dan hidungnya yang comel. Namun, peringkat comel ini tidak kekal selama-lamanya. Apa yang pasti tentang anak kucing ini, perubahan bakal berlaku. Rupanya di awal kehidupannya kerapkali berbeza dengan rupanya di kemudian hari. Seperti bayi manusia, anak kucing mengalami berbagai transformasi fizikal dalam perjalanannya menjadi kucing dewasa.

Kucing Dewasa

Pertama, mata birunya boleh berubah menjadi pelbagai warna sekitar usia 4 atau 5 minggu. Tentang bulunya pula, jangan terlalu meminatinya. Tidak semua anak kucing sama warnanya semasa dilahirkan. Apabila anak kucing semakin matang, calitan warna di atas kepalanya dan tanda tabby yang pudar boleh hilang. Sebaliknya, belang boleh menjadi lebih gelap. Dan anak kucing hitam mungkin ada bulu sementara yang berwarna keperakan atau kebiruan sebelum menjadi hitam sepenuhnya.

Tetapi ada sesetengah baka yang membesar dan amat berbeza rupanya berbanding masa dilahirkan. Contohnya sesetengah baka seperti kucing Siam dilahirkan putih dan warnanya menyerlah apabila ia semakin matang. Anak kucing ragamuffin juga dilahirkan putih tetapi rupanya tak begitu bila dewasa. Sesetengah baka lain seperti Devon Rex boleh menjadi botak pada usia 6 minggu. Kadangkala ia kekal tidak berbulu. Kadangkala bulu baru tumbuh. Dan segalanya mungkin. Dan jangan lupa, jangan disangkan anak kucing itu mempunyai bulu pendek tidak bermakna ia akan kekal begitu. Secara amnya, pada usia 6 bulan anda boleh tentukan panjang bulu anak kucing itu.

Devon Rex